Seqrite dan Terrabyte Group Berganding Bahu Menyampaikan Keselamatan Siber Generasi Baharu di Asia Tenggara

Singapura, Januari 2026Terrabyte Group, anak syarikat utama Terra International, hari ini mengumumkan kerjasama strategik dengan Seqrite, cabang keselamatan perusahaan di bawah Quick Heal Technologies Limited, penyedia penyelesaian keselamatan siber global. Kerjasama ini dimeterai secara rasmi melalui Memorandum Persefahaman Pengedar Serantau (Regional Distributor MOU) yang ditandatangani semasa AISS Disember 2025 di New Delhi, menandakan pencapaian penting dalam strategi pengembangan Seqrite di Asia Tenggara. 

Perjanjian ini mengesahkan peranan Terrabyte Group sebagai pengedar Seqrite di seluruh Asia Tenggara, sekaligus mengiktiraf kehadiran pasaran Terrabyte yang kukuh, kepakaran serantau, serta keupayaan terbukti dalam menyampaikan penyelesaian keselamatan siber bertaraf perusahaan merentas pelbagai pasaran. 

Kerjasama ini memperkukuh portfolio keselamatan siber Terrabyte di Asia Tenggara dengan membawa ekosistem full-stack enterprise cybersecurity Seqrite ke rantau ini. Ia membolehkan organisasi melindungi endpoints, networks, cloud environments, data, users dan applications melalui pendekatan bersepadu yang dipacu oleh AI. 

Seiring dengan pertumbuhan pesat ekonomi digital negara-negara ASEAN, organisasi di seluruh rantau ini berdepan ancaman siber yang semakin canggih dan bergerak lebih pantas berbanding kemampuan alat keselamatan tradisional yang berasingan serta keterlihatan keselamatan yang terfragmentasi. Peningkatan global serangan ransomware dan Trojan, dengan kesilapan manusia kekal sebagai faktor utama, menekankan keperluan mendesak terhadap penyelesaian keselamatan siber yang adaptif, berskala dan dibina untuk persekitaran perusahaan yang kompleks. Sebagai syarikat full-stack cybersecurity global yang dikenali dengan teknologi pertahanan ancaman berasaskan AI dan machine learning, Seqrite menangani cabaran ini secara langsung. 

Rangkaian penyelesaian keselamatan siber komprehensif Seqrite direka untuk melindungi setiap lapisan organisasi, daripada endpoints dan mobile devices hingga ke applications, networks, cloud environments, data dan identity. Portfolio berasaskan AI ini merangkumi Endpoint Protection, Endpoint Detection and Response (Seqrite EDR), Extended Detection and Response (Seqrite XDR), Zero Trust Network Access (Seqrite ZTNA) untuk akses aplikasi yang selamat dan kontekstual, Data Privacy (Seqrite Data Privacy) bagi penemuan serta tadbir urus data sensitif, Mobile Device Management (Seqrite MDM) dan pengurusan Seqrite BYOD untuk kawalan peranti bersepadu, Managed Detection and Response (Seqrite MDR) bagi pemantauan ancaman oleh pakar, selain Malware Analysis Platform dan Threat Intelligence masa nyata. Kesemua ini membolehkan keterlihatan berterusan, pengesanan lebih pantas dan tindak balas bersepadu merentas landskap keselamatan perusahaan. 

Secara kolektif, keupayaan ini menyediakan pemantauan ancaman berterusan, keterlihatan merentas lapisan, kawalan akses yang selamat, tadbir urus data dan tindak balas insiden yang pantas, sekali gus menyampaikan pertahanan bersepadu yang selari dengan keperluan keselamatan siber perusahaan moden. 

Melalui kerjasama ini, Terrabyte Group akan mengedarkan penyelesaian Seqrite di Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam dan Malaysia, membolehkan organisasi mengguna pakai rangka kerja keselamatan siber yang berskala, bersepadu dan berdaya tahan tinggi, sejajar dengan prinsip Cybersecurity Mesh Architecture (CSMA). Portfolio ini merangkumi perlindungan endpoint teras hingga kawalan akses dan data lanjutan, memenuhi keperluan pencegahan ancaman serta pematuhan peraturan.

Kerjasama yang Memperkukuh Pertahanan Siber Serantau 

Roy Toh, Ketua Pegawai Eksekutif Terra International, berkata: 
“Pemformalan kerjasama kami dengan Seqrite di AISS 2025 mencerminkan komitmen bersama untuk membina keupayaan keselamatan siber jangka panjang yang bermakna di Asia Tenggara. Kerjasama dengan Seqrite membolehkan kami menyampaikan penyelesaian keselamatan siber bersepadu yang dipacu AI, khususnya EDR, XDR dan MDM, yang meningkatkan keterlihatan, memudahkan tindak balas ancaman dan mengukuhkan daya tahan keseluruhan. Bersama Seqrite, kami berada pada kedudukan yang kukuh untuk menyokong perusahaan di seluruh rantau ini dengan pertahanan siber yang praktikal dan berkesan.” 

Dr. Sanjay Katkar, Joint Managing Director, Quick Heal Technologies Limited, berkata: 
“Di Seqrite, fokus kami sentiasa untuk mempermudahkan keselamatan siber bagi perusahaan tanpa menjejaskan kedalaman atau keberkesanannya. Melalui kerjasama strategik dengan Terrabyte, kami memperluaskan jangkauan penyelesaian full-stack cybersecurity berasaskan AI kami ke seluruh Asia Tenggara. Daripada pertahanan endpoint dan network kepada zero trust access serta data privacy governance, portfolio kami merangkumi spektrum penuh risiko siber moden, membantu organisasi membina postur keselamatan yang bersepadu dan berdaya tahan.”

Memacu Kecemerlangan Keselamatan Siber Serantau 

Kerjasama Terrabyte dan Seqrite memberikan kelebihan bersepadu kepada perusahaan melalui pengesanan ancaman lanjutan, tindak balas yang lebih pantas, akses zero-trust yang selamat serta tadbir urus privasi data yang kukuh, semuanya disampaikan melalui pengurusan keselamatan berpusat. Dengan menjadikan ekosistem full-stack cybersecurity Seqrite tersedia melalui kehadiran serantau Terrabyte, kerjasama ini mengukuhkan komitmen Terrabyte untuk menyampaikan penyelesaian keselamatan siber yang berskala, adaptif dan bersedia untuk masa hadapan, selaras dengan keperluan perusahaan yang sentiasa berkembang di Asia Tenggara. 

Mengenai Terrabyte Group 

Terrabyte Group merupakan peneraju utama di rantau Asia Pasifik dengan kehadiran operasi di Singapura, Indonesia, Malaysia, Thailand, Vietnam, Filipina dan Australia. Dengan jejak serantau yang kukuh, Terrabyte Group menyediakan penyelesaian cybersecurity, sokongan khusus serta inovasi teknologi terkini kepada perniagaan merentas pelbagai industri. Melalui kerjasama dengan jenama cybersecurity global terkemuka, Terrabyte Group menawarkan perlindungan menyeluruh terhadap ancaman siber yang sentiasa berkembang. Komitmen berterusan terhadap kebolehpercayaan menjadikan Terrabyte Group rakan kongsi dipercayai oleh organisasi dan perusahaan yang ingin memperkukuh daya tahan keselamatan siber mereka. 

Maklumat lanjut: terrabytegroup.com 

Mengenai Seqrite 

Seqrite ialah penyedia penyelesaian cybersecurity perusahaan terkemuka yang memberi tumpuan kepada usaha memudahkan cybersecurity untuk organisasi. Seqrite menyediakan rangkaian penyelesaian dan perkhidmatan menyeluruh melalui tech stack berpaten yang dikuasakan oleh AI/ML, bagi melindungi perniagaan daripada ancaman terkini dengan mengamankan devices, applications, networks, cloud, data dan identity. Seqrite merupakan bahagian Enterprise bagi jenama cybersecurity global, Quick Heal Technologies Limited, satu-satunya syarikat produk dan penyelesaian cybersecurity di India yang tersenarai di bursa saham. 

Seqrite ialah syarikat India pertama dan satu-satunya yang mengukuhkan kedudukan India di peringkat global melalui kerjasama dengan Kerajaan Amerika Syarikat dalam projek NIST NCCoE Data Classification. Seqrite dibezakan melalui penyelesaian komprehensif yang mudah dilaksanakan dan diintegrasikan secara lancar, menawarkan tahap perlindungan tertinggi terhadap ancaman baharu dan canggih, disokong oleh threat intelligence serta playbooks terkini, selain perkhidmatan bertaraf dunia daripada pakar keselamatan terbaik di makmal analisis malware terbesar di India, Seqrite Labs. 

Sebagai satu-satunya syarikat full-stack di India yang sejajar dengan cadangan seni bina CSMA, Seqrite menawarkan pelbagai penyelesaian bertaraf anugerah termasuk Endpoint Protection, Enterprise Mobile Device Management, Data Privacy, Zero Trust Network Access dan banyak lagi. Penyelesaian Seqrite Data Privacy Management membantu organisasi mencapai pematuhan penuh terhadap DPDP Act serta peraturan global. Baru-baru ini, Seqrite telah melancarkan Digital Risk Protection Services (DRPS) untuk pemantauan ancaman luaran dan Ransomware Recovery as a Service (RRaaS) bagi pemulihan pantas dan berpanduan selepas serangan ransomware. Seqrite juga telah memperkenalkan SIA, sebuah security co-pilot berasaskan LLM yang dibangunkan di atas GoDeep.AI, bagi membantu perusahaan menangani peningkatan kerumitan siber melalui analisis perbualan yang pintar. 

Hari ini, lebih 30,000 perusahaan di lebih 70 negara mempercayai Seqrite untuk keperluan cybersecurity mereka. 
Maklumat lanjut: https://bit.ly/42E5BCJ 

Mengenai Quick Heal Technologies Limited 

Quick Heal Technologies Limited ialah penyedia penyelesaian cybersecurity global. Setiap produk Quick Heal direka untuk memudahkan pengurusan keselamatan IT merentasi pelbagai jenis peranti dan platform. Penyelesaian ini disesuaikan untuk pengguna individu, perniagaan kecil, agensi kerajaan dan organisasi korporat. Sepanjang hampir tiga dekad, aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) syarikat memberi tumpuan kepada penyelesaian keselamatan komputer dan rangkaian. 

Portfolio penyelesaian keselamatan berasaskan cloud dan machine learning lanjutan yang ditawarkan hari ini mampu menghentikan ancaman, serangan dan trafik berniat jahat sebelum ia memberi kesan, sekali gus mengurangkan penggunaan sumber sistem secara ketara. Semua penyelesaian keselamatan ini dibangunkan secara tempatan di India. Quick Heal Antivirus Solutions, Quick Heal Scan Engine serta keseluruhan rangkaian produk Quick Heal merupakan harta intelek milik Quick Heal Technologies Limited. Baru-baru ini, Quick Heal telah memperkenalkan penyelesaian pencegahan penipuan pertama di India, AntiFraud.AI, yang tersedia untuk Android, iOS dan Windows. 

Maklumat lanjut: https://www.quickheal.co.in/   

AntiFraud.AI:  

https://www.quickheal.co.in/antifraud-pre-launch

https://www.quickheal.co.in/quick-heal-antifraud

Recent Posts